Anda boleh letakkan banner ini di blog anda...

Tidak menemui artikel yang anda cari? Encik Google sedia membantu...
Blog Widget by LinkWithin

March 16, 2012

Blogging Tips & Tricks 1: Elakkan Blog Anda Dari Diceroboh


Blogging Tips & Tricks Part 1: Secure Your Blog From Hacker


Seperti eXception janjikan... eXception akan kongsikan tips & tricks bagaimana untuk menjadikan blog korang kebal dan kalis dari serangan penggodam... Tips ini khusus untuk blog Blogspot sahaja... Wordpress punya blog... eXception tak leh nak tolong... He he he he he...

Oklah... Untuk Bahagian 1 ni, eXception nak kongsikan tutorial berkenaan fungsi 2 step verification yang merupakan satu ciri-ciri keselamatan blog anda bagi mengelakkan orang yang tidak berkenaan menceroboh masuk blog anda...

Fungsi 2 step verification seperti kata laluan kedua untuk blog anda, tetapi kata laluan ini adalah berbentuk kod yang disetkan oleh Google Blogger sendiri kemudian dihantar ke telefon bimbit korang melalui SMS... Maka hanya kod tersebut sahaja akan dibenarkan masuk ke akaun blog korang, selain kod itu... letak la apa kod sekalipun memang takkan lepas masuk ke akaun blog korang...

Bagaimana nak setup benda ni? Mudah sahaja... Mula-mula korang log masuk ke akaun blog terlebih dahulu, masuk ke Dashboard... Kemudian klik My Account (rujuk imej di bawah)


Korang perlu login sekali lagi untuk masuk ke bahagian akaun, ini untuk tujuan pengesahan identiti... Setelah berjaya masuk, sila periksa samaada 2-step verification blog korang On ataupun Off... Sekiranya On, bermakna korang perlu skip tutorial ini kerana korang dah activate 2-step verification... Jika Off, maka korang klik la pada Edit di sebelah Off tu...


Kemudian klik pada Start setup


Kemudian ikut langkah-langkah berikut... Berpandukan gambarajah di bawah ini...


Langkah 1: Pilih 'Malaysia' sebagai negara penyedia perkhidmatan telekomunikasi, sekiranya anda dari negara lain, pilih negara anda...

Langkah 2: Masukkan nombor telefon bimbit anda... Boleh juga masukkan nombor telefon rumah... Tapi hanya terhad kepada Voice Call sahaja... Jika anda masukkan nombor telefon bimbit, anda akan menerima pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi Verification Code setiap kali anda log masuk ke dalam akaun blogspot anda...

Langkah 3: Pilih samaada anda ingin menerima SMS Text Message atau Voice Call ke telefon bimbit anda.

Langkah 4: Klik pada butang Send Code.

Apabila keluar status Code sent, bermakna satu pesanan ringkas akan dihantar ke telefon bimbit anda yang mengandungi Verification Code.


Masukkan Verification Code yang ada dapat dari pesanan ringkas, sebagai contoh: 12345

Kemudian klik butang Verify (rujuk gambarajah di bawah)...


Kemudian klik butang Next

Tunggu sehinga paparan di bawah keluar...


Uncheck kotak yang bertanda merah. Ini untuk faktor keselamatan sekiranya anda menggunakan komputer di kafe siber. Ini kerana Verification Code blog anda akan disimpan di dalam Cookies iaitu simpanan sementara pelayar web selama 30 hari. Banyak kes blog hacking juga adalah akibat kelalaian pengguna yang lupa untuk clear cache di dalam pelayar, kerana cache adalah ruang memori yang menyimpan maklumat anda di dalam internet.

Kemudian klik butang Next. Paparan seperti di bawah akan keluar...


Untuk mengaktifkan 2-step verification anda pelu klik butang 'TURN ON 2-STEP VERIFICATION'

Apabila paparan di bawah keluar, bermakna anda telah berjaya mengaktifkan 2-step verification...

Maka setiap kali anda log masuk ke blog anda, anda akan diminta untuk memasukkan Verification Code sebelum boleh masuk ke dalam Dashboard blog anda. Apabila anda log masuk dengan menggunakan kata laluan yang sah, maka satu pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi Verification Code dihantar ke telefon bimbit anda. Masukkan nombor yang anda terima dan anda sudah boleh masuk ke dalam Dashboard blog anda.

Anda tak perlu risau lagi sekiranya kata laluan blog anda diketahui oleh hacker dan mereka cuba menceroboh masuk. Kerana 2-step verification ibarat pintu kedua yang kuncinya hanya diterima melalui pesanan ringkas pada telefon bimbit anda... 2-step verification amat sukar dipecahkan kerana hanya kombinasi kod yang unik sahaja membolehkan mereka memasuki akaun blog anda.

Anda juga boleh tahu apabila blog anda sedang diceroboh apabila secara tiba-tiba anda menerima pesanan ringkas yang mengandungi Verification Code, sedangkan anda tidak log masuk ke dalam blog pada masa itu.




Cukai Prabayar 6 Peratus Mulai Julai?? Dafuq!!


Kenaikan Cukai Prabayar Mulai Julai??




KUALA LUMPUR 15 Mac - Kerajaan dijangka membuat keputusan untuk membenarkan syarikat telekomunikasi (telko) tempatan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus terhadap pengguna prabayar, berkuatkuasa pada 1 Julai depan.

Mengikut sumber yang dipetik oleh Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research, difahamkan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan memo kepada semua syarikat telekomunikasi supaya bersedia secara teknikal terhadap pelaksanaannya.

Menurut HLIB Research, dengan pelaksanaan itu, pendapatan syarikat telekomunikasi dijangka meningkat berbanding sebelum ini di mana mereka terpaksa menyerap cukai perkhidmatan itu berbanding dikenakan kepada pengguna.
...

-Utusan Malaysia



Seperti yang dijangka... Selepas menghabiskan kantung kerajaan dengan pemberian BR1M... Kini Kerajaan Malaysia mula mengutip semula wang dari hasil cukai dengan menaikkan cukai perkhidmatan prabayar dengan membenarkan Telco menaikkan cukai prabayar kepada 6 peratus bermula Julai ini...

eXception cukup tidak berkenan dengan keputusan ini memandangkan tahap perkhidmatan Telco di Malaysia ni masih di tahap tong sampah... Lebih-lebih lagi dengan Telco C ni... Yang berdegar-degar cakap perkhidmatannya adalah terbaik dan meluas... Meluas kepala bapak dia laa!! Sudahlah rangkaian kerap mengalami gangguan... Tahap servis yang diberikan masih belum berada tahap memuaskan...



Cukup-cukuplah membebankan rakyat... Banyak lagi alternatif untuk mengutip cukai... Naikkan cukai hiburan, cukai rokok, cukai arak... Malah Kerajaan sungguh bermurah hati dengan tidak mengenakan cukai terhadap Lynas kerana tidak mahu membebankan syarikat tersebut dan lebih rela membebankan rakyat... Maka tak hairanlah...

Yang Kaya Bertambah Kaya... Yang Miskin Bertambah Miskin...



eXception mohon Datuk Seri Najib menghalang perkara ini sebelum perkara buruk berlaku pada Barisan Nasional pada PRU 13 akan datang... Datuk Seri Najib perlu tahu majoriti rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan prabayar... Malah kebanyakannya ialah rakyat berpendapatan rendah... Telefon bimbit bukan lagi barangan mewah seperti tahun 90 an... Kini ianya sudah menjadi barangan keperluan... Lebih-lebih lagi untuk berhubung...

Lantiklah pakar ekonomi yang tahu meningkat ekonomi yang benar-benar bijak... Bukan melantik pakar ekonomi tahap jamban yang hanya tahu menyembelih rakyat berpendapatan rendah... Perlu diingat bahawa rating Barisan Nasional yang kini mula mendaki boleh jatuh bila-bila masa sahaja... Jika satu-satu keputusan yang dilakukan membebankan rakyat...


Jika nak naikkan cukai prabayar... Sila naikkan dulu tahap kualiti perkhidmatan... Ke tahap lebih tinggi dari tahap memuaskan... Biar rakyat merasakan berbaloi membayar cukai tersebut jika perkhidmatan yang diberikan adalah sangat baik... Selagi kualiti perkhidmatan telco masih tahap tong sampah... Sila lupakan niat menaikkan cukai prabayar atau terimalah padahnya pada PRU 13 nanti... Sekian... Terima kasih...



INFO TERKINI!!!


SKMM nafi arah telco laksana cukai khidmat prabayar 6%


KUALA LUMPUR 16 Mac – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan ada mengeluarkan sebarang arahan kepada syarikat telekomunikasi untuk pelaksanaan cukai perkhidmatan prabayar sebanyak enam peratus mulai 1 Julai ini.

Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi dalam satu kenyataan berkata, laporan media itu hanya bersifat spekulasi dan tiada arahan dibuat mengenai isu tersebut.

“Perbincangan sedang dijalankan untuk mencari jalan penyelesaian terbaik agar pengguna terus menerima perkhidmatan komunikasi pada harga yang berpatutan.

“Sebarang tindakan mengenainya akan mengambil kira kepentingan rakyat dan SKMM akan memastikan supaya rakyat tidak dibebankan,” katanya.

Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia hari ini bahawa kerajaan akan membenarkan syarikat telekomunikasi tempatan mengenakan cukai perkhidmatan tersebut mulai 1 Julai.



Benarkah ianya sekadar spekulasi? Jika spekulasi mengapa Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research boleh keluarkan maklumat ini jika tidak ada hitam-putih dari SKMM?? Pihak manakah sebenarnya yang benar?? Adakah harus mempercayai HLIB atau SKMM??

SKMM dan Kerajaan perlu telus dalam perkara ini dan menyiasat dari mana sumber maklumat ini diperolehi... Jangan hanya membuat sidang akhbar dan menafikan kemudian membiarkan khabar angin sebegini terus berlegar-legar... SKMM perlu mendakwa pihak yang sengaja menyebarkan maklumat ini dengan segera sebelum imej kerajaan terus tercalar...




March 14, 2012

Pakatan Rakyat CyberWar Guide For Dummies


Panduan CyWar Pakatan Haram Jadah Edisi 2012



Tentu korang rasa hairan mengapa kalangan CyWar PR (anjing-anjing gila) jadah masih dok canang isu NFC dan masih putar belit isu NFC akan tetapi apabila timbul isu skandal seks Anwar dan Badrul Amin... Mereka tak berani jawab dan cuba divert issue...

Sebenarnya setiap CyWar PR (anjing-anjing gila) mempunyai panduan tersendiri dalam spin dan divert issue... Di sini eXception akan memperkenalkan panduan-panduan ini untuk tatapan rakan-rakan sekelian bagi mengenalpasti taktikal yang mereka gunakan...

Jom kila selak buku panduan ni...


Apapun jangan pulak kata eXception buat fitnah pulak, sebab maklumat ni diperolehi dari portal fitnah Tranungkite Online... Sebuah portal yang mengumpulkan pakar-pakar fitnah, kaki putar belit, kaki spin, kaki kelentong, kaki divert dan lain-lain jenis kaki termasuklah kaki main bini orang... kaki main pelacur...

Ini merupakan kitab kecik je selain dari kitab suci puak PR iaitu kitab Jinggay... Check link kat bawah ni...

Panduan Kerja Sukarela Pahlawan Cyber




March 9, 2012

Banjir Kilat Lembah Kelang. Mengapa Masih Berlaku?


Banjir Kilat Lembah Kelang. Mengapa Masih Berlaku?



Sungai Kelang yang sempit gagal menampung jumlah air hujan lebat yang turun


Petang semalam hujan lebat luar biasa telah turun mencurah-curah di bumi Lembah Kelang dan menyebabkan berlakunya banjir kilat dan banyak kerugian terpaksa ditanggung oleh warga kota apabila ada kenderaan terperangkap di dalam banjir.

Persoalan yang timbul di kalangan warga kota. Adakah terowong SMART (Stormwater Management and Road Tunnel) benar-benar berfungsi? Jika berfungsi mengapakah masih berlaku banjir di Lembah Kelang? Adakah projek SMART hanyalah satu projek gajah putih yang tidak membawa apa-apa makna kepada Malaysia?

eXception berkesempatan menghubungi talian hotline SMART. Setelah bersoal-jawab, banyak maklumat yang eXception perolehi. Sememangnya pada hari kejadian, pihak SMART menerima arahan dari Jabatan Pengairan dan Saliran untuk menutup terowong bagi membolehkan aliran air sungai di alihkan ke dalam terowong.

Mengapa insiden banjir kilat yang berlaku di Lembah Kelang petang semalam gagal diatasi oleh terowong SMART?

Mungkin ramai tak tahu bahawa Kuala Lumpur terletak di tengah-tengah pertemuan 4 batang sungai, iaitu Sungai Batu, Sungai Gombak (kawasan Masjid ke bawah), Sungai Kelang (kawasandan Sungai Kerayong. Terowong SMART hanya mengalirkan limpahan air sungai dari Sungai Kelang dan Sungai Gombak.


Sekiranya limpahan air dari Sg Bunus dan Sg Gombak (sekitar kawasan PWTC) berlaku, maka tak hairanlah jika kawasan seperti Kg Baru dan PWTC dinaiki air... Malah pertemuan dua arus sungai iaitu Sg Kelang dan Sg Gombak di Masjid Jamek mampu menyebabkan limpahan air sungai sekiranya kadar hujan yang turun semalam adalah sangat luar biasa.


Graf kenaikan paras Sungai Bunus pada 7 Mac 2012


Graf kenaikan paras Sungai Kelang pada 7 Mac 2012

Di atas adalah graf yang menunjukkan kenaikan paras air sungai yang naik mendadak sewaktu hujan lebat di Lembah Kelang pada 7 Mac lepas.



Apapun gambar di atas merupakan gambar palsu yang sengaja diada-adakan... Malah pihak Plaza Low Yat sendiri mengakui bahawa sejak tahun 1999 Plaza Low Yat tidak pernah mengalami banjir sebegini.


Manakala gambar di bawah pula ialah banjir yang berlaku pada tahun 2007... Banyak blogger yang tidak mengkaji betul-betul kebenaran kedua-dua gambar ini secara semborono mengatakan ianya banjir pada 7 Mac yang lepas...



Banjir besar yang berlaku 2007 boleh berlaku pada 7 Mac yang lepas sekiranya tiada terowong SMART. Terowong SMART beroperasi sepenuhnya untuk terowong air banjir bermula Julai 2007, selepas terowong untuk lalulintas dibuka pada Mei 2007. Boleh dikira banjir yang berlaku 7 Mac lepas hanya suku daripada kadar banjir yang boleh berlaku tanpa terowong SMART. Jika tidak, inilah yang akan berlaku di Kuala Lumpur...

Hakikatnya terowong SMART berupaya mengelakkan banjir berlaku di ibu kota, tetapi keupayaan terowong SMART adalah terhad. Terowong SMART tidak mampu mengalirkan air banjir dari sungai-sungai lain di Kuala Lumpur kerana ianya hanya melibatkan satu batang sungai sahaja iaitu Sg Kelang. Apapun beberapa projek tebatan banjir sedang dilakukan. Kelewatan projek adalah disebabkan banyak masalah yang dihadapi semasa pembinaan termasuklah masalah tanah dan penduduk sekitar.

Rujukan:

SMART Berjaya Kurangkan Banjir Kilat Di KL Isnin Lepas

Banjir Besar KL Malam tadi - Plaza Low Yat turut Ditenggelami Air.

Plaza Low Yat

Kisah Banjir Kilat Di Kuala Lumpur

Banjir Kilat di Kuala Lumpur 2007

Banjir Kilat di Kuala Lumpur 10 Jun 2007

(16 Gambar) Keadaan Banjir Di Selangor & KL – 7 Mac 2012

Gambar Banjir Di Sekitar Kuala Lumpur (KL) Dan Selangor | 7 Mac 2012

Gambar Banjir Sekitar Kuala Lumpur 7 March 2012





March 8, 2012

Terkini: SBPA Dibatalkan. SSM Dikekalkan. Gaji & Elaun Naik.


Datuk Seri Najib Umum SBPA Dibatalkan Dan Kekalkan SSM




Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Jan 2012 dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat pada masa depan.

Beliau juga mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.

Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.

Najib membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Sumber - Bernama



March 7, 2012

Panas!! Bagaimana Hendak Jadi Jutawan Segera??


Panas!! Tips Bagaimana Hendak Jadi Jutawan Segera!!



Di sini eXception nak bagi tips kat korang bagaimana cara hendak jadi jutawan segera... Dengan cara yang amat mudah... Tak perlu join mana-mana skim cepat kaya atau Multi Level Marketing semata-mata nak kaya... Tak perlu jual dadah jika nak cepat jadi kaya... Tak perlu membuat apa-apa pelaburan... Caranya amat mudah...

1) Cari sekatan jalanraya yang dibuat oleh Polis...



2) Bila sampai di sekatan jalanraya tersebut, pura-pura jatuh dari motor.



3) Bertengkar dengan Polis sambil mengatakan Polis menendang motor anda menyebabkan anda jatuh.



4) Upah seorang peguam. Pastikan peguam tersebut merupakan penyokong Pakatan Rakyat. Cipta drama dengan peguam kononnya anda ditendang oleh Polis dan anda mahu menuntut ganti rugi jutaan ringgit...



5) Berpakat dengan peguam dan adakan sidang akhbar. Panggil semua wartawan termasuklah Malaysiakini, Keadilan Daily, Harakah dan yang sewaktu dengannya... Ulang balik drama yang anda telah reka untuk mendapatkan simpati...



6) Tuntut jutaan ringgit dari Polis Di Raja Malaysia sebagai ganti rugi akibat jatuh dari motor kerana ditendang oleh Polis.




Nota: Taktik ini sedang popular sekarang... Cubalah....



February 29, 2012

Kes Khalwat Badrul Amin. Konspirasi Terancang UMNO?


Konspirasi Terancang UMNO Terhadap Tangkapan Khalwat Badrul Amin


Ramai kalangan bloger BN berpendapat bahawa terkantoinya Badrul (Bapak Setan) Amin tempoh hari merupakan perancangan dalaman PKR...

Akan tetapi eXception berpendapat sebaliknya... eXception yakin bahawa ini semua adalah konspirasi terancang UMNO... Seperti yang berlaku pada Anwar Ibrahim, semuanya konspirasi terancang UMNO...

Mengapa eXception berkata sedemikian?? Lihatlah gambaran konspirasi tersebut...



Kes lain yang serupa...

Khalwat Siap Bawa Anak Untuk ‘Cover Line’

Nasihat eXception kepada Pemimpin PR...
Lepas ni jika kantoi berkhalwat atau meliwat... Jangan segan-segan mengatakan ianya konspirasi UMNO ya??

Apapun 'Konspirasi Terancang UMNO' hanyalah khayalan kalangan cybertrooper PR sahaja... Tidak wujud konspirasi seperti didakwa... Jika tidak sudah ramai pemimpin PR yang kantoi ketika di dalam bilik hotel...

A.B.O - ASALKAN BINI ORANG





Panas!! Mutan Hasil Dari Projek Lynas Didedahkan!!


Isu Lynas. Mutan Hasil Projek Lynas Didedahkan



Ramai kalangan blogger pro BN bermati-matian mengatakan projek Lynas ini tidak merbahaya... Malah kerajaan juga tidak ketinggalan berpegang teguh dengan kenyataan bahawa projek Lynas tidak merbahaya kepada orang ramai...

Di sini eXception ingin menyanggah pendapat blogger BN yang lain serta dedahkan bahawa projek seperti ini telah pun menghasilkan banyak mutasi ke atas manusia... Tetapi kes ini sengaja disembunyikan dari pengetahuan umum...

Yaa!! Maklumat sulit ini eXception perolehi dari seorang kenalan yang juga seorang saintis di Amerika yang telah mengkaji projek Lynas ini... Sila klik imej fail sulit di bawah untuk membuka fail sulit berkenaan mangsa mutasi akibat projek seperti ini...

Click Me!!
Klik imej di atas...






February 21, 2012

Benarkah Dua Kapal Dagang ZIM Milik Israel?


Benarkah Dua Kapal Dagang ZIM Milik Israel?



Kecoh di kalangan cai-cai PR yang mendakwa Malaysia mempunyai hubungan dagang dengan Israel apabila dua buah kapal dagang iaitu ZIM Atlantic dan ZIM U.S.A. berlabuh di Pelabuhan Kelang...

Mereka seolah-olah cuba menutup pekung Anwar yang membuat kenyataan menyokong Israel baru-baru ini dengan menimbulkan fitnah ini... Mereka berterusan mendakwa bahawa Malaysia menjalankan hubungan dagang dengan Israel dan mendakwa dua kapal tersebut datang terus ke Malaysia dari Israel...

Di sini eXception ingin memberitahu... Memang benar dua kapal dagang itu milik syarikat perkapalan ZIM. Dan memang benar syarikat ZIM itu merupakan sebuah syarikat yang dipegang oleh syarikat Ofer Group yang merupakan pemegang syer terbesar Israel Corporation... Hakikatnya ZIM BUKAN DIMILIKI OLEH KERAJAAN ISRAEL... Walaupun Ofer Group berpangkalan di Haifa, Israel...

Malah...

Dua buah kapal dagang itu bukanlah terus dari Israel menuju ke Malaysia... Hakikatnya... Kapal dagang tersebut hanya membawa barangan dagangan dari negara-negara pengeksport dan dihantar ke negara-negara pengimport... Sebagai contoh Kapal ZIM Atlantic adalah dari Xiamen, China kemudian singgah di beberapa negara termasuklah India, Jerman, United Kingdom, Belgium, Belanda, Cyprus dan termasuklah Israel sebelum kembali semula ke Xiamen...

Hakikatnya kapal ini membawa barang dagangan dari negara lain singgahannya selain dari Israel yang dieksport ke Malaysia...


Jadual perjalanan ZIM Atlantic bagi urusan Import



Jadual perjalanan ZIM U.S.A. bagi urusan Export

Ini sangat jelas blogger-blogger hanjing PR seperti Milo Suam dan Anak Sungai Derhaka memutar belitkan fakta sebenar... Baca sendiri antara kenyataan Anak Sungai Derhaka di dalam blognya...

"Lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana media propaganda United Malays No Otak, Umno menyerang Anwar Ibrahim kononnya beliau menyokong Israel, sepatah kenyataan beliau diputar belitkan siang dan malam.

Namun hakikatnya, ini semua sekadar sandiwara untuk menutup hubungan dagang mereka dengan Israel. Depan rakyat mereka berlagak jadi hero Palestin, berlagak anti Israel untuk meraih undi Melayu, tapi di belakang? Ptuih!"


Anak Sungai Derhaka dengan sengaja cuba memfitnah Kerajaan Malaysia atas niat yang jahat kononnya Kerajaan Malaysia menjalinkan hubungan dagang dengan Israel... Sedangkan hakikatnya kapal dagang tersebut hanyalah sebagai vessel atau pengangkutan barangan yang dieksport dari negara lain selain dari Israel ke Malaysia...

Malah Milo Suam juga tanpa segan silu turut memutar belitkan fakta sebenar...

"Buat pengetahuan anda, kedua-dua kapal Israel ini berlayar terus dari Haifa, Israel ke Pelabuhan Klang. Apa maknanya?"

Malah ZIM Atlantic dan ZIM U.S.A. menggunakan bendera Liberia... Bukan jalur gemilang seperti didakwa oleh Tranungkite...




Bendera Israel kah ini?

Malah jelas sekali dua kapal ini didaftarkan di Monrovia... Adakah Monrovia terletak di Israel??



Di manakah letaknya MONROVIA?? Monrovia terletak di dalam negara Liberia... Bukan Israel... Malah... penggunaan bendera Liberia pada kapal bukanlah satu 'decoy' atau penyamaran... Walaupun menggunakan bendera Liberia, pendaftaran kapal itu masih boleh kita dapati dengan mudah dan mendapatkan negara daftarnya yang sebenar...



Pasti Milo Suam dan Anak Sungai Derhaka akan TERKANTOI apabila eXception tunjukkan jadual perjalanan kapal dagang ini... Seperti mana terkantoinya mereka apabila terbukti tiada penyelewengan berkaitan dengan NFC...

Apapun... Kepada Anak Sungai Derhaka dan Milo Suam, teruskanlah memfitnah... Kerana setiap fitnah anda... Bakal dikantoikan berulang-ulang kali oleh KAMI blogger-blogger pro BN...

Soalan untuk Milo Suam dan Anak Sungai Derhaka... Pelabuhan Kelang tu kat mana? Perak? Pahang? Johor?


Sumber Fitnah

Video : Adakah Anwar yang membenarkan Kapal Israel ini berlabuh di Malaysia?

Dua buah Kapal Israel di Pelabuhan Klang (Westport)



Sumber Fakta

Kapal Israel:Menjawab Kebodohan Pak Pandir Jingga 13

KAPAL ISRAEL MASUK MALAYSIA ??? ADAKAH INI BENAR ATAU PENIPUAN PAKATAN HARAM ???

Penipuan PR....Kali ni kapal Israel pulak berlabuh di Port Klang...

Port Kelang Import Schedule (Serch for ZIM Atlantic)

Port Kelang Import Schedule (Search for ZIM U.S.A.)

Voyage Details ZIM Atlantic

Voyage Details ZIM U.S.A.

ZIM Management

ZIM U.S.A.

ZIM Atlantic




February 19, 2012

Penyampaian Baucer BR1M Putrajaya


Sekitar Majlis Penyampaian Baucar Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)


Hari ini eXception telah menghadiri Majlis Penyampaian Baucar Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang mana baucar tersebut di sampaikan oleh Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor merangkap Ahli Parlimen Putrajaya...

Seawal jam 10 pagi keadaan Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya sudah mula dipenuhi oleh penerima bantuan berserta keluarga masing-masing. Lihat sahaja gambar di bawah... (Maaf kualiti gambar agak kurang memuaskan kerana eXception cuma menggunakan kamera pada telefon bimbit)




Setelah selesai ucapan perasmian dari Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor, maka bermulalah majlis penyampaian baucar Bantuan Rakyat 1 Malaysia...


Mereka yang menerima baucar ada yang sanggup beratur panjang untuk menebusnya dengan wang tunai... Malah ada yang bersabar dan menanti keesokan hari untuk menebusnya di bank.






Menurut Encik Amir Onn Bin Hj Mustapha, yang merupakan wakil dari Kementerian Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, baucar ini boleh ditebus di mana-mana 3 bank di dalam Malaysia iaitu Bank Simpanan Nasional, CIMB Bank dan Maybank... Tarikh tamat tempoh penebusan baucar BR1M ini ialah pada 15 April 2012...


Terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak kerana berjaya meringankan sedikit beban rakyat Malaysia walaupun pemberian ini cuma sekali...


Bagi mereka yang gagal, peluang masih terbuka untuk anda membuat rayuan... Tarikh tamat rayuan BR1M ialah pada 15 Mac 2012... Anda boleh muat turun borang asli BR1M di sini: Borang Rayuan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)

Kredit: Terima kasih kepada UMNO Bahagian Putrajaya yang sudi menjemput eXception ke majlis tersebut.